Menurut kenyataan PLUS, sepanjang tempoh penutupan tersebut, semua kemudahan di Restoran Jejantas Ayer Keroh (arah utara) akan ditutup termasuk stesen minyak, gerai, surau dan tandas awam untuk melancarkan pergerakan trafik.

"Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang dikeluarkan.

"Orang ramai dari arah selatan dinasihatkan agar menggunakan kemudahan di stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh (arah utara) atau Hentian Sebelah Pedas Linggi (arah utara) untuk mengisi minyak kenderaan atau mendapatkan kemudahan lain," kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE