Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, nombor pendaftaran itu dibida lebih tinggi berbanding AKU 8055 yang dijangka menjadi rebutan sebelum ini kerana mempunyai sebutan AKU BOSS.

Menurut beliau, sebanyak 27 individu telah membida nombor pendaftaran AKU 8055 dan jumlah bidaan tertingginya mencecah RM 74,000.

“Bagi keseluruhan pembidaan nombor plat siri AKU, kita menerima kutipan sebanyak RM3.5 juta dan setakat ini, ia merupakan jumlah tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE