Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, sumbangan yang besar dalam ekonomi negara adalah disebabkan 97 peratus daripada pengoperasian dalam negara adalah PKS manakala tiga peratus lagi terdiri daripada syarikat besar.

“Kenapa kerajaan tumpu perhatian dalam PKS ini? Ini kerana industri ini mewujudkan satu aktiviti ekonomi yang menyediakan kira-kira 60 pekerjaan swasta dan memanfaatkan tujuh juta penduduk negara.

“PKS juga sumbang hampir 37 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain RM800 bilion dagangan eksport,” katanya menerusi sesi pembentangan Kluster Ekonomi di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE