Perdana Menteri berkata, BN telah terbukti mampu menguruskan isu air dengan baik walaupun negeri tersebut dimiliki pembangkang seperti di Kelantan asalkan perkara berkenaan tidak dipolitikkan.

“Kualiti air teruk, tekanan rendah inilah kisah rakyat di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera BN Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam dekat sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berjanji kepada rakyat Selangor bahawa masalah air yang membelenggu negeri itu sejak sekian lama akan diselesaikan jika mandat memerintah dipulangkan kembali kepada Barisan Nasional (BN).

“Apa cara untuk selesaikan (masalah ini), tukar dan tawan semula kerajaan Selangor. Saya berjanji masalah air akan selesai,” katanya. - UTUSAN ONLINE