Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu diasak beberapa kali pada separuh masa pertama sebelum Perak membuka jaringan pada minit ke-19 hasil sepakan lambung Wander Luiz Junior.

Perak menambah jaringan lima minit kemudian hasil tendangan kencang dari luar petak penalti oleh ketua pasukan Mohamad Nasir Basharudin menewaskan penjaga gol tuan rumah Ahmad Asyraaf Omar.

Bersambung separuh masa kedua, PKNP FC cuba mengasak untuk merapatkan kedudukan sebelum Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi berjaya mencipta jaringan pada minit ke-80.

Permainan agak tegang menjelang minit-minit akhir permainan namun Perak berjaya mengekalkan kedudukan untuk meraih 10 mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam liga.-UTUSAN ONLINE