Suhaizan berkata, ini berikutan tiada pertukaran perjawatan dan tempat kerja bagi pegawai dan kakitangan PBT di negeri ini bermula daripada mula bekerja hingga menamatkan perkhidmatan hingga dikhuatiri akan mendedahkan mereka kepada unsur rasuah.

“Justeru, saya mencadangkan berlakunya perubahan terhadap polisi ini di mana pegawai dan kakitangan tersebut boleh dipindahkan dari satu PBT kepada PBT yang lain.

“Dengan itu, kemungkinan berlakunya rasuah dapat dikurangkan. Kita akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu PBT ini,” katanya sempena Program Kunjung Hormat Delegasi SPRM Johor ke Pejabat Speaker DUN di Bangunan Sultan Ismail di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias dan Timbalan Speaker DUN Johor, Gan Peck Cheng. - UTUSAN ONLINE