Tegas beliau, pindaan itu juga akan menyebabkan berlakunya penentangan terhadap hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.

“Apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Negara ertinya kita tidak lagi mentadbir negara mengikut Perlembagaan.

“Begitu juga jika kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama Islam yang telah termaktub sebagai agama negara ini, ia membuatkan perkara tersebut dilihat menentang hukum Allah yang boleh membawa kepada syirik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, sekiranya pindaan terhadap akta itu dibentang dan diluluskan, ia dilihat memperlekeh dan menghina agama Islam. - UTUSAN ONLINE