Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini program itu hanya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.


“Kementerian menjangkakan sebanyak 300 buah sekolah menengah di seluruh negara akan terlibat dengan PIMA tahun depan membabitkan 20 hingga 25 pelajar tingkatan empat dan lima bagi setiap sekolah.


“Kita juga sedang mengenal pasti sekolah yang bersesuaian, namun yang penting sekolah itu mestilah terletak tidak jauh dari industri,” katanya selepas merasmikan bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE