Parti Kebangsaan memperoleh 44.4 peratus undi dalam pilihan raya yang berlangsung pada 23 September lalu manakala Parti Buruh memperoleh 36.9 peratus undian.

Melalui keputusan tersebut yang didedahkan hari ini, Parti Pertama New Zealand, memperoleh 7.2 peratus undian manakala Parti Hijau yang mempunyai perjanjian kerjasama dengan parti Buruh memperoleh 6.3 peratus undian.

Keputusan itu menunjukkan Parti Kebangsaan mempunyai 56 kerusi daripada 120 kerusi Parlimen, parti Buruh memperoleh 46 kerusi manakala parti Pertama New Zealand dan parti Hijau, masing-masing memperoleh lapan kerusi.

Pemimpin parti Pertama New Zealand, Winston Peters berkata, beliau akan membuat keputusan untuk memilih parti yang akan disokong bagi membentuk kerajaan gabungan pada 12 Oktober ini. - Reuters