Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pilih realistik atau populis?

Usaha kerajaan sedia rumah mampu milik untuk rakyat di bandar besar

PENDUDUK flat empat tingkat Kampung Kerinchi kini menikmati kehidupan 2
PENDUDUK flat empat tingkat Kampung Kerinchi kini menikmati kehidupan baharu yang lebih selesa di Residensi Kerinchi yang unit rumahnya mencecah harga RM500,000. MINGGUAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

BENARLAH sekeping gambar boleh menggambarkan 1,001 maksud.

Beberapa keping gambar dalam ruangan ini menyaksikan nilai sebenar makna perubahan.

Perumahan Awam Razak Mansion lama bertukar wajah ke 1Razak Mansion. Flat empat tingkat Kampung Kerinchi pula berubah menjadi Residensi Ke­rinchi.

Tidak lama lagi, rumah lama di Taman Danau Desa, Seputeh pun akan berganti rumah baharu dan selesa menerusi projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip)

Peningkatan taraf hidup penduduk dua projek pertama dan telah pun diduduki tidak dicapai dengan mudah. Bukan penduduk yang terkena tempias durinya, tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hanya kerana projek belum siap tersergam depan mata, kerajaan terpaksa melalui liku-liku penuh onar, difitnah dan ditohmah pembangkang - kononnya dituduh mahu merampas dan merobohkan rumah orang Melayu, Cina dan India.

Ini sehinggakan dilakukan demonstrasi bak lagak ‘orang gila’ hanya kerana membantah usaha pembangunan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.

Ya, selesai sahaja menghasut agar sertai demonstrasi bantah projek rumah mampu milik, pulanglah wakil pembangkang tadi ke banglo mereka. Malangnya, penduduk terkulat-kulat kembali ke rumah usang dan daif.

Adakah ini adil kepada go­­­lo­ngan berpendapatan rendah dan sederhana yang ingin menyertai kehidupan di bandar besar. Me­ngapa mahu nafikan hak mereka?

Cukup-cukuplah 34 penduduk flat empat tingkat Kampung Ke­rinchi menjadi mangsa hasutan sehingga akhirnya kepingin menduduki rumah baharu. Syukurlah tiada penduduk rumah awam Razak Mansion mengikut jejak mereka.

Mandat rakyat yang diberi kepada kerajaan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana partinya ‘gila kuasa’. Tetapi untuk memenuhi amanah yang diharapkan rakyat marhaen.

Pelbagai janji tidak masuk akal akan terus dijaja pembangkang kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Itu pun sudah kira bernasib baik mereka tidak menjanjikan bulan dan bintang sebagai kerongsang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain