Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pihak sebar berita palsu, sabotaj ekonomi negara guna media sosial tidak kebal dari tindakan - Jailani

Pihak sebar berita palsu, sabotaj ekonomi negara guna media sosial tidak ‘kebal’ dari tindakan - Jai
TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari menyatakan sesuatu kepada seorang kanak-kanak yang menyertai Bengkel Innofun Olabot 2017 di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 21 Mac - Mana-mana pihak termasuk para pemimpin pembangkang jangan menganggap diri mereka ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang dengan menyebarkan berita serta dakyah-dakyah palsu dengan niat untuk mensabotaj ekonomi negara menerusi media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari sebaliknya menegaskan bahawa, mana-mana pihak yang didapati melakukan perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan membabitkan pelbagai akta perundangan di negara ini antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588); Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563); Akta Hasutan 1948 (Akta 15); Akta Fitnah 1957 (Akta 286) serta Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Hari ini penyebaran berita dan maklumat palsu melalui media-media sosial telah menjadi ‘makanan harian’ kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencapai matlamat tertentu. Mereka ini suka mengeluar dan menyebarkan sesuatu maklumat untuk mensensasikan sesuatu isu.

“Namun, mereka tidak boleh ingat walaupun menerusi penggunaan media sosial, mereka tidak boleh dikenakan sebarang tindakan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Innofun Olabot 2017 di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Yang hadir sama pada perasmian itu ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni) UiTM, Prof. Dr. Zaini Abdullah dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Prof. Dr. Mohd. Nasir Taib.

Tambah Jailani, pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sentiasa menjalankan pemantauan serta mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyalahgukan media sosial serta internet yang boleh memberikan kesan negatif kepada kedudukan sosial dan keharmonian masyarakat termasuklah menggugat keselamatan negara.

“SKMM sendiri turut mempunyai peruntukan undang-undang dari dalam soal mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat. Maka, adalah lebih baik kita gunakan media sosial dan internet untuk manfaat rakyat dan membangunkan negara daripada menyalahgunakannya untuk mengelirukan pemikiran masyarakat dan mensabotaj ekonomi negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain