Demikian ditegaskan Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan), Muhd. Ali Zakariah selain mahu LGBT diharamkan daripada diamalkan di Malaysia yang mana ia turut bercanggah dengan ajaran Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan.

“Kita tidak mahu LGBT diiktiraf di negara ini. Ketika ini, kita dapati golongan yang mengamalkan budaya songsang ini semakin berani menuntut hak mereka walaupun bertentangan dengan norma masyarakat, agama dan hukum alam.

“Kita menolak sebarang unsur-unsur kecelaruan dalam masyarakat dan LGBT adalah salah satu daripada kecelaruan itu yang akan merosakkan institusi kekeluargaan serta keseimbangan masyarakat jika budaya ini diiktiraf. Jadi sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas,” katanya.

Tambah Muhd. Ali, orientasi seks songsang yang menjadi amalan pendokong LGBT turut menyebabkan masyarakat terdedah dengan risiko penyakit seperti AIDS dan sebagainya. - UTUSAN ONLINE.