Bagaimanapun, antara isu yang belum pernah dibangkitkan sebelum ini adalah berhubung proses penyembelihan kambing di pulau ini yang jelas tidak mengikut ketetapan pihak berkuasa.

Penyembelihan kambing dilakukan di tempat terbuka meskipun mengikut undang-undang di bawah perhatian Jabatan Perkhid­matan Veterinar (JPV), tindakan tersebut perlu dilakukan di dalam rumah penyembelihan.

Selain itu, struktur haram se­perti mencucuk setanggi di atas tanah masih berlaku meskipun Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sudah berkali-kali mela­rang dan mengambil tindakan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pula harus memberi tumpuan terhadap gerai-gerai yang dibangunkan di atas tapak perkhemahan kerana perkara itu jelas sekali mencabar bidang kuasa mereka.

Perkara-perkara tersebut ji­ka­ tidak ditegah dari sekarang dikhuatiri boleh melarat sehingga ke suatu tahap yang sukar diselesaikan pada masa hadapan.

Tahun lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihak kerajaan negeri tidak sesekali me­ngizinkan perbuatan khurafat di kawasan itu dan kali ini ingin menghapuskan segala aktiviti khurafat serta mengembalikan Pulau Besar ke imej asalnya.

Pada masa sama, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Hussin memberitahu, struktur haram yang dibangunkan dengan tujuan menjadikan ia sebagai satu tempat aktiviti pemujaan bakal dirobohkan serta pengusahanya akan didenda.

Hampir setahun sudah berlalu, adakah pihak penganjur yang menjalankan aktiviti-aktiviti me­ragukan di Pulau Besar benar-benar mahu mencabar pihak berkuasa?