Jurucakapnya, Datuk Mohd. Foad Mat Isa berkata, tindakan kumpulan terbabit seolah-olah mencabar kesucian Islam serta menggugat keharmonian di negara ini.

Menurutnya, tindakan itu perlu dibanteras kerana Islam adalah agama persekutuan dan tindakan pihak lain menyebarkan fahaman mereka adalah menyalahi perlembagaan.

"Mereka sepatutnya menyedari yang tindakan penyebaran itu salah dan jangan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

"Laporan polis juga telah dibuat berkaitan isu ini oleh beberapa individu jadi sudah masanya polis bertindak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu seorang lagi wakil Pekida, Mohd. Nasir Md. Ali berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk bertindak tegas kepada mereka yang terlibat.

Jelasnya, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa agar perkara ini diselesaikan segera tanpa melibatkan kejadian tidak diingini.

-UTUSAN ONLINE