Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pidato Negaraku, platform penyampaian dasar kerajaan

Penonton yang hadir turut menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan 6
Penonton yang hadir turut menyanyikan lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang pada pertandingan akhir Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 , kelmarin.

TELOK KEMANG 14 Ogos – Pertandingan akhir Pidato Negaraku Peringkat Kebangsaan 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, kelmarin menyaksikan seramai lima peserta be­rentap menunjukkan kehebatan ma­sing-masing bagi merebut ge­laran johan.

Mereka terdiri daripada seorang guru, Abdul Manaf Hassan, 45, dari Perlis; mahasiswi, Fatin Daratul Ain [email protected], 23, (Sabah); mahasiswi, Nur Iman Najlaa Mohd Fadzli, 20, (Sela­ngor); mahasiswi, Tay Yih Yih, 20, (Melaka) dan jurutera, Mohd. Fikri Mohd. Jumat, 26, (Negeri Sembilan).

Pertandingan itu yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ dirasmikan Timbalan Men­teri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari di Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson, dekat sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza, Ketua Pengarah Penera­ngan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Politeknik Port Dickson, Roslee Yahya.

Sebelum itu pada Sabtu, seramai 15 peserta daripada 556 orang yang bertanding di peringkat negeri telah bersaing di peringkat separuh akhir di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perlada­ngan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Datuk Manickam Let­chuman.

Sebanyak empat tajuk pidato dipertandingkan iaitu:-

Rukun Negara Memperkasa Jati Diri

Negaraku Di Sini Segalanya Bermula

Cinta Negara Teras Keamanan TN50 Memperkasa Negara dan Generasi

Menurut Ibrahim, Pidato Ne­garaku adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pene­rangan sejak 2003 sebagai satu platform untuk menyampai dan menyebarkan maklumat me­nge­nai dasar-dasar kerajaan khususnya berkaitan isu semasa kepada orang ramai.

Ia juga satu bentuk kesinambungan usaha kerajaan menjana keutuhan Bahasa Malaysia agar ia bukan sahaja berupaya bergerak seiringan dengan per­sekitaran semasa, ma­lah signifikan dengan perubahan arus globalisasi, katanya.

Secara khususnya, jelas beliau, pertandingan itu mempu­nyai tiga objektif utama iaitu meningkatkan ke­sedaran, penge­­ta­huan dan kefahaman dasar-dasar negara; mengukuh dan mengekalkan semangat perpaduan masyarakat serta memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan.

“Saya percaya per­tandingan ini akan menjadi pendorong bagi para peserta untuk terus berusaha menggilap bakat berpidato yang ada pada diri masing-ma­sing serta meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

Ibrahim berkata, sempena sam­butan Bulan Kebangsaan tahun ini, pertandi­ngan pidato itu membawa mesej yang jelas mengenai kepen­tingan menyemarak nilai patriotisme dan semangat cintakan tanah air melalui topik yang disam­paikan.

“Pertandingan pidato pada tahun ini juga telah diubah nama kepada Pertandingan Pidato Ne­­garaku kerana mengikut tema kali ini iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ bersesuaian de­ngan tema Hari Kebangsaan 2017,” ujarnya.

Dalam pertandingan akhir itu, Tan Yih Yih yang merupakan satu-satunya peserta kaum Cina dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadi­ah wang tunai berjumlah RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Tempat kedua digondol oleh Fatin Daratul Ain sementara tem­pat ketiga, Mohd. Fikri.

Sempena pertandingan pida­to itu, Jailani turut melepaskan konvoi Kem­bara Merdeka Negaraku 2017 (KMN17) dalam menyema­rakkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 dan me-ningkatkan semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebanyak 18 buah kendera­an pacuan empat roda dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi mengambil bahagian dalam kem­­bara berkenaan yang berlangsung selama 16 hari bermula kelmarin hingga 28 Ogos ini melibatkan 107 orang peserta dari beberapa agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media.

Konvoi itu akan melalui jalan-jalan meliputi ne­geri seperti Johor, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain