Majlis serentak itu bagi meraikan kejayaan para pelajar yang mencapai tahap membanggakan dan memberi motivasi kepada pelajar lain untuk mengikuti kejayaan mereka, dan sekali gus turut mendekatkan lagi institusi berkenaan dengan masyarakat setempat.

Pengarahnya, Wan Mohd Hujjatullah Wan Ghazali memberitahu, seramai 55 orang pelajar mendapat Anugerah Ketua Jabatan dan 92 orang pelajar mendapat Anugerah Ketua Program dari dua jabatan iaitu Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Jabatan Perdagangan.

Penerimanya termasuklah Aina Athira Azmi (Anugerah Ketua Jabatan pelancongan dan Hospitaliti) bersama  Nur Liyana Liwani Salim di samping Nur Waheeda Wahid Supian (Anugerah Ketua Jabatan Perdagangan dan Nor Husnina Abdul Razak.

Program di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu itu dimulakan dengan ceramah dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi maklumat kepada golongan pelajar supaya tidfak mudah terjebak dalam gejala yang boleh memusnahkan masa depan. - UTUSAN ONLINE