Sebaliknya kata beliau, jika sesuatu pemberian itu memang diperuntukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat, maka sesiapa sahaja yang berhak boleh menerimanya.


“PH tidak pernah bagi duit kepada sesiapa.


“Kalau sesuatu duit (pemberian) itu dah kerajaan punya, dia bagilah. Itu semua orang dapat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan silinder komposit keluaran Astana City Group Sdn. Bhd. di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gambar tular seorang wanita didakwa memberi wang kepada sekumpulan individu yang dituduh sebagai usaha untuk meraih undi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.


Gambar tersebut dikecam pelbagai pihak yang mendakwa pemberian itu sebagai rasuah.


Sebelum itu dalam majlis yang dihadirinya, Perdana Menteri mahu rakyat menyokong produk-produk dan industri tempatan bagi memastikan perkembangan industri negara tidak terbantut.


Katanya, sokongan itu dapat memastikan industri tempatan berkembang sekali gus lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan serta mengawal aliran keluar wang negara.-UTUSAN ONLINE