Pegawai Memerintah Batalion 10 PGA, Superintenden Sanudin Md. Isa berkata, pihaknya berjaya merampas sejumlah 2,850 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 3,800 karton rokok jenama Director Menthol warna hijau dalam dua serbuan berasingan.

“Dalam serbuan pertama pada pukul 5 petang, kita telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah stor Jalan Wong King Hou dan berjaya menjumpai sebanyak 2,250 kotak minuman keras jenama Kingway, 180 kotak Orenjebom dan 120 kotak Heineken dengan nilai rampasan dianggarkan RM250,000

“Serbuan kedua pula dijakankan sekitar pukul 8.15 malam ke atas sebuah premis di Jalan Sie Poi Kieng berjaya menjumpai sebanyak 3,800 karton rokok jenama Director Menthol warna hijau yang dianggarkan bernilai RM90,000,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, hasil rampasan dalam dua serbuan ini adalah yang terbesar dilakukan setakat ini. – UTUSAN ONLINE