pasangan SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan yang mendapat perhatian selepas kisah percintaan antara dua pewaris keluarga terkaya itu disiarkan di laman instagram milik Chryseis, baru-baru ini. GAMBAR Instagram Chryseis

Berita baik itu dikongsikan pada Sabtu lalu oleh anak gadis pemilik kelab Cardiff City itu menerusi laman instagram milik­nya dengan memuat naik gambar Faliq dilihat melutut sambil memegang sekotak cincin manakala Chryseis kelihatan terkejut dan menahan air mata melihat aksi romantis teman lelakinya itu.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu juga, tertera perkataan Will You Marry Me? (Sudikah awak berkahwin dengan saya?) yang dilakar de­ngan kelopak bu­nga mawar serta dikelilingi lilin dan jambangan bunga segar.

Gambar yang dimuat naik de­ngan kapsyen bertarikh 30.6.2017 dan simbol cinta juga mendapat 24,518 like itu mendapat reaksi gembira apabila dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan pasangan kekasih itu.

Faliq merupakan anak keempat dalam keluarga Naza manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik masing-masing memegang jawatan besar dalam empayar perniagaan keluarga.

Chryseis kini menjadi Pe­ngarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd. dan pelabur dalam beberapa jenama termasuk Greyhound Cafe dan La Juiceria manakala Faliq pula ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.

Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada tahun 1975 pesat berkembang meliputi sektor hartanah dan perhotelan serta merupakan pengimport dan pengedar utama kenderaan jenama mewah seperti Ferrari, Peugeot dan Brabus.

Sementara itu, Vincent Tan pula adalah pengasas Kumpulan Berjaya yang turut terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan kewangan.