Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petugas Tabung Haji bersedia urus jemaah

SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN (kanan) memeluk seorang petugas Tabung 2
SYED SALEH SYED ABDUL RAHMAN (kanan) memeluk seorang petugas Tabung Haji sebelum bertolak ke KLIA dalam Majlis Pelepasan Petugas Haji Musim 1438H di Hotel TH Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, semalam. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 17 Julai – Seramai 660 petugas Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim ibadah haji berikutan pertambahan jumlah jemaah dari seluruh negara pada tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Haji) Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat menitikberatkan aspek keselamatan serta mempunyai pelan kontingensi untuk berhadapan dengan sebarang situasi.

“Petugas kita telah menjalani pelbagai latihan dan kursus sejak awal tahun lagi. Ini terma­suk latihan di dalam kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menerapkan elemen ketahanan diri serta latihan mencukupi bagi menghadapi sebarang insiden keselamatan atau kecemasan yang boleh berlaku. “Malah, ini terbukti pada musim haji 2015 lalu, apabila berlaku insiden kren tumbang di Masjidil Haram dan petugas kita telah melaksanakan kerja mengikut prosedur dan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Kita juga bekerjasama de­ngan kerajaan Arab Saudi yang sangat menitikberatkan aspek keselamatan jutaan umat Islam di sana dan pihak mereka akan memberikan sebarang maklumat terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Petugas Haji bagi penerbangan awal kumpulan kedua di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini, hari ini.

Seramai 139 petugas haji termasuk pasukan perubatan, kebajikan dan media berlepas ke Tanah Suci, Mekah hari ini bagi membuat persiapan sebelum menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai nanti.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, Tabung Haji berhasrat mencapai mutu perkhidmatan pengendalian haji terbaik menerusi versi baharu Pensijilan MS ISO 9001:2015.

“Perkhidmatan pengendali­an haji telah disijilkan oleh SIRIM Berhad (SIRIM) pada 2006 dengan Pensijilan MS ISO 9001:2008. Pada tahun ini, kita akan menaik taraf serta mengambil kira versi baharu berkenaan dengan banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti aspek keselamatan, kecemasan serta pelan kontingensi yang digabungkan dalam prosedur baharu itu,” jelasnya.

“Pihak audit SIRIM akan bersama kita sepanjang musim haji ini dan sekiranya semua perkara berjalan lancar, Tabung Haji akan disijilkan dengan pensijilan baharu selepas berakhirnya musim haji pada Oktober nanti. Malah, selepas proses pasca operasi haji, sama ada Januari atau Februari tahun depan kita akan mendapat tahu keputusan pensijilan berkenaan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain