Chamil Wariya
Chamil Wariya

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, pihaknya berterima kasih kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Seri Wan Zulkiflee Wan Ariffin atas persetujuan menaja majlis tersebut.

"Saya percaya kesediaan Petronas meneruskan tajaannya akan menyuburkan semangat wartawan untuk menghasilkan karya-karya yang berkualiti tinggi bagi dimasukkan dalam pertandingan tiga tahun yang akan datang.

"Proses tersebut juga dilihat akan meningkatkan kualiti kewartawanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah beliau, tajaan pihak Petronas bernilai RM300,000 setahun itu akan digunakan sepenuhnya bagi membiayai hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang HKM.

"Bagi setiap kategori, pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM10,000, sijil dan trofi. Manakala, dua penerima saguhati pula masing-masing akan menerima sebanyak RM1,000 berserta sijil penghargaan.

"Bagi pemenang Hadiah Kajai dan Tokoh Wartawan Negara, mereka akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000, trofi dan sijil," katanya.

Dr. Chamil berkata, majlis penyampaian HKM 2017 akan berlangsung pada 13 Julai depani di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Petronas adalah penaja utama HKM sejak tahun 1994 dan dalam edisi HKM 2017 ini, MPI telah menerima sebanyak 347 penyertaan bagi 19 kategori yang dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE