Menurut sumber, keputusan berkenaan belum dapat dicapai walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, semalam. 


“Tiada keputusan dibuat semalam,” kata sumber itu seperti dipetik portal Malaysiakini. 


Utusan Malaysia sedang cuba mendapatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi mendapatkan maklum balas mengenai perkara berkenaan. 


Semalam, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah pun mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir bagi menyuarakan kebimbangan mengenai isu harga minyak. 


Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Dr. Mahathir mengadakan pertemuan dengan Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz bersama empat ahli persatuan itu di pejabat Perdana Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet. - UTUSAN ONLINE