Demikian keputusan majoriti 4-1 yang dicapai oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan selepas membenarkan rayuan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya yang juga Timbalan Menteri Luar.


Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Rohana Yusof membenarkan rayuan itu manakala Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop mencapai keputusan menentang.


Petisyen itu difailkan oleh Marzuki bagi mencabar kemenangan penyandangnya, Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti 81 undi.


Marzuki menamakan Shabudin sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Bahagian Pilihan Raya P042 Tasek Gelugor responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.


Beliau memohon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Tasek Gelugor diadakan selain memohon pengiraan semula undi atas alasan calon berhak meminta kiraan semula jika keputusan itu mencatatkan perbezaan kurang daripada empat peratus seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. - UTUSAN ONLINE.