Setakat pukul 8 malam ini, petisyen tersebut yang digerakkan melalui platform change.org telah mengumpul 302,076 tandatangan warganet.

Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) sebagai manifestasi kekecewaan terhadap Waytha Moorthy yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri yang meme­gang portfolio Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial.