Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, pensijilan itu penting sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi amalan pertanian yang baik.

“Pensijilan myGAP besar kesannya terutama dalam menarik keyakinan masyarakat terhadap keluaran tempatan.

“Oleh itu saya sarankan semua petani, penternak dan peladang di negara ini daftarkan hasil keluaran mereka di bawah program ini segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Promosi dan Jualan Hasil Tani myGAP di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. - UTUSAN ONLINE