Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, selain Mohamad Sadik, dua lagi ketua perwakilan baharu adalah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zainal Abidin Bakar dan Duta Besar Malaysia ke Holy Se, Westmoreland Edward Palon.

Majlis Istiadat tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Jabatan Dua Hala) Kementerian Luar, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohamad Sadik sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri sejak 2017 dan pernah bertugas sebagai Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di New York, Amerika Syarikat dari 2004 hingga 2008 dan Setiausaha Bahagian (Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam & Oceania) dari tahun 2008 hingga 2009 serta dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran pada 2009 dan Duta Besar Malaysia ke Hungary pada 2014.

“Zainai Abidin pula sebelum ini adalah Duta Besar Malaysia ke Sepanyol sejak 2017 serta pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Czech pada tahun 2009, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan dan Diplomasi Awam pada tahun 2013 dan Setiausaha Bahagian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Lapan Negara-Negara Islam Membangun (D-8) dan Pertubuhan Khas Dan Kerjasama Selatan-Selatan dari akhir 2013 hingga 2017,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, Kementerian Luar pula memaklumkan, Westmoreland sebelum ini merupakan Konsul Jeneral di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Australia sejak 2015 dan pernah menjawat sebagai Penasihat Kedutaan di Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile dari 2010 hingga 2013 dan Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dari 2013 hingga 2015.-UTUSAN ONLINE