Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat tentang rancangan kumpulan pengganas untuk melakukan serangan terhadap acara tersebut.

"Kita tidak akan berkompromi dalam perkara yang melibatkan keselamatan awam dan kita harap penganjur faham kerana ia telah diperjelaskan kepada mereka banyak kali," katanya dalam sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama media Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim. - UTUSAN ONLINE