Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hal itu tidak perlu diperbesarkan kerana berbeza dengan penganjuran pesta arak terbuka di negeri lain.

"Perkara itu sudah lama dibuat dan tidak diuar-uarkan kepada umum yang dilakukan secara tertutup dan tidak menjemput orang ramai.

"Ia tidak sama dengan penganjuran pesta arak di sesetengah negeri yang menjemput orang ramai," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor dengan pemain industri di Hotel Amari di sini sebentar tadi.

Baru-baru ini tular dalam laman sosial berkenaan penganjuran pesta arak di sebuah hotel di bandar raya ini sempena Oktober. - UTUSAN ONLINE