Panglima Tentera Udara, Jene­ral Tan Sri Affendi Buang berkata, pesawat Hawk tersebut juga telah ditambah baik serta mampu melaksanakan tugas dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Keperluan untuk tambah (pe­sawat) itu ada, cuma seperti mana kita maklum keadaan kewangan (kerajaan) belum izinkan untuk kita beli aset-aset baharu.

“Pesawat Hawk masih lagi berkeupayaan cuma ia telah me­lalui fasa 25 tahun dan ada isu tertentu, TUDM masih meran­cang untuk gunakan Hawk da­lam tempoh 10 tahun,” katanya selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Pesawat Hawk di Pangkalan Udara, di sini hari ini.

Terdahulu beliau telah diterbangkan menaiki pesawat Hawk dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Butterworth oleh Pegawai Memerintah No. 6 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohammad Syagol Abdul Hamid.

Empat pesawat Hawk turut dijadualkan untuk terlibat dalam persembahan udara di Langkawi bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) pada 26 sehingga 30 Mac ini.