Mail Online melaporkan, pesawat yang sepatutnya berlepas dari lapangan terbang Gatwick ke Lisbon baru-baru ini terpaksa dilencongkan ke Porto susulan landasan di tutup.

Sehubungan itu, para penumpang terpaksa turun di Porto dan dimaklumkan akan terbang semula ke destinasi mereka selepas pesawat mengisi minyak.

Namun, selepas menunggu lima jam kemudian, mereka dimaklumkan bahawa pesawat berkenaan sudah berlepas tanpa membawa penumpang. – AGENSI