BBC melaporkan, pesawat penerbangan UA839 yang membawa seramai 194 penumpang itu dalam perjalanan selama 15 jam dari Los Angeles.

Polis memaklumkan bahawa pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan sebelum mendarat di sini pada pukul 6.36 petang waktu tempatan.

United Airlines menegaskan insiden tersebut sebagai masalah teknikal dan memaklumkan kesemua penumpang dalam keadaan baik. – AGENSI