Seorang pesakit, Zakaria Ibrahim, 55, mendakwa masalah itu menyebabkan dia sudah mulai rasa tidak selesa apabila bahagian badannya sudah mulai bengkak dan sukar untuk bernafas.

“Saya sepatutnya menjalani rawatan hemodialisis pada pukul 8 pagi, namun sehingga sekarang masih lagi menunggu bekalan air.

“Jadi saya merayu pihak berkenaan supaya menghulurkan bantuan segera dengan menghantar lori tangki ke pusat ini,” katanya di sini hari ini.

Zakaria memberitahu, perkara tersebut tidak boleh diambil mudah kerana melibatkan soal nyawa.

Difahamkan gangguan bekalan air itu mula berlaku dikawasan berkenaan sejak semalam.

Difahamkan beberapa kawasan di jajahan ini sudah mengalami masalah gangguan bekalan air sejak minggu lalu lagi. -UTUSAN ONLINE