Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Delegasi tersebut yang kesemuanya berpangkalan di Kuala Lumpur diketuai oleh Duta EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.


Duta-duta besar lain yang turut hadir adalah dari Romania; Hungary; Croatia; Austria; Jerman; Perancis; Poland; Sepanyol dan Republik Czech.


Pertemuan itu adalah bersempena dengan lawatan kerja mereka di negeri ini selama tiga hari bermula 21 Januari lalu.


Ketika bertitah, Tuanku Syed Sirajuddin meletakkan harapan agar generasi muda di negeri ini yang berminat untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian dan perikanan, supaya menjadi golongan yang berpendidikan tinggi serta berdaya maju.


“Pembangunan pesat harus mengambil tempat di negeri ini supaya potensi pekerjaan dan perniagaan dapat dipertingkatkan seterusnya memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda untuk sama-sama berbakti serta memainkan peranan masing-masing membangunkan Perlis,” titah baginda.


Dalam masa sama, baginda turut berkongsi pandangan mengenai pelbagai potensi kerjasama yang dapat dilaksanakan di antara negara-negara Eropah dengan Perlis khususnya dalam aspek pelaburan; pendidikan; pelancongan dan pertanian.


Para delegasi kemudian diraikan dalam majlis santapan malam dan disusuli dengan lawatan ke Galeri Diraja.


Para tetamu berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menguruskan segala penganjuran serta hospitaliti sambutan dalam pelbagai program yang diaturkan.- UTUSAN ONLINE