Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Seri Saipolbahri Suib berkata, peruntukan tersebut dapat digunakan untuk membeli dan mempertingkatkan peralatan dalam usaha menambah baik sektor berkenaan.

Katanya, peruntukan tersebut turut menjadi bukti sokongan kerajaan bagi memajukan sektor pertanian agar terus berkembang pada masa depan.

“Kita mungkin dilihat kerdil di mata negara-negara luar, tetapi kita berjiwa besar. Pengeluaran sektor pertanian kini bukan sekadar untuk menjana pendapatan tetapi boleh menghasilkan lebih ramai jutawan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK2017) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saipolbahri berkata, golongan peladang, penternak dan nelayan akan terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas peranan dan sumbangannya dalam memaju dan memperkasakan sektor pertanian.

“Tidak ada sebab untuk tidak menyokong kerajaan kerana setiap satu hektar tanah tanaman padi kami dapat subsidi RM2,600, nelayan memperoleh elaun sara hidup RM300 sebulan dan subsidi pembelian padi sebanyak RM500 juta,” ujarnya.