Mohammad Irwan Serigar Abdullah

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (gambar) berkata, petunjuk positif itu dapat dilihat dari segi pengukuhan eksport serta pertambahan pelaburan dan pekerjaan.

Katanya, prestasi tersebut juga didorong dengan kedudukan nilai ringgit yang lebih baik serta harga minyak dunia yang stabil sekitar AS$47 (RM202) sehingga AS$50 (RM214 setong).

“Disebabkan ketidaktentuan harga minyak dunia dan sentimen pasaran global, pada awal tahun ini terdapat penurunan, tetapi saya ketika ditanya pemberita ketika itu memberitahu keadaan akan lebih baik pada suku tahun kedua.

“Saya tidak pasti berapa ramai yang mengikuti kenyataan-kenyataan saya tetapi keadaan kita sekarang bertambah baik, saya juga berharap keadaan ringgit juga akan tambah baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Global Accelerator Program (GAP) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan blog najibrazak.com memberitahu, Malaysia mencapai banyak kejayaan membanggakan walaupun berdepan pelbagai cabaran global dan tempatan.