Pertukaran kelambu tersebut akan dilakukan setahun sekali iaitu pada 9 Zulhijjah ketika jemaah haji berwukuf di Arafah.

Semalam rombongan wartawan Malaysia yang membuat liputan haji dibawa melawat kilang membuat kelambu itu di Ummul Joud di sini.

Dalam taklimatnya, Pengurus Besar kilang, Mohammed Abdullah Bajawda berkata, seba­nyak 120 kilogram (kg) benang emas tulen, 120kg benang perak dan 670kg sutera digunakan untuk menghasilkan Kiswah.


Video oleh ZULKIFLEE BAKAR

“Setiap tahun kilang ini hanya mengeluarkan satu Kiswah yang kebanyakan kerja sulaman ayat suci al-Quran dan tenunan dilakukan secara manual oleh pekerja warga tempatan. Hanya sebahagian kecil penghasilan kain menggunakan mesin mo­den,” katanya.

Kilang Kiswah diasaskan oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdulaziz Abdul Rahman Al-Saud di Mekah sebelum beroperasi di kilang baru di Ummum Joul di sini pada 1977.

Kos bagi menyiapkan sebuah Kiswah mencecah RS22 juta (RM23.7 juta) menggunakan kain sutera berkualiti tdari Itali dan benang emas serta perak tulen dari Jerman. Ia mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan.