Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu melakukan perkara demikian kerana kesesuaiannya untuk dilaksanakan di negara ini perlu diambil kira.

"Yang itu (ICERD) kita kena timbang pasal ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Not Emas Harapan hasil inisiatif syarikat barang kemas, Poh Kong di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini.

Dalam pada itu, berhubung pertemuan beliau dengan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Melayu yang diadakan terdahulu di YKP hari ini, Dr. Mahathir berkata, pertemuan itu adalah bagi memberi nasihat agar kesilapan-kesilapan pentadbiran dahulu tidak diulangi.

"Saya nak kena beritahu sejarah negara kita supaya kita semua faham asal usul kita, dengan itu kita tidak akan melakukan perkara tidak baik yang mungkin berlaku dahulu," katanya. - UTUSAN ONLINE