MUSA AWANG

Presiden Persa­tuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang (gambar) berkata, ke­putusan itu memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang kepada umat Islam di negara ini.

Jelasnya, kesan jangka pendek adalah membuka ruang yang lebih luas kepada kelahiran anak hasil daripada perkahwinan tidak sah atau tidak berdaftar manakala kesan jangka panjang pula adalah mencemar nasab dan keturunan.

Beliau berkata, jika seorang wali yang merupakan anak lelaki sulung berbinkan bapa walaupun tidak sah taraf menjadi wali kepada adik-adik perempuannya, dikhuatiri perkahwinan itu sendiri tidak sah.

“Perkahwinan adik-adik pe­rempuan itu dibimbangkan me­wujudkan generasi yang diragui nasabnya. Malah, dari segi hukum faraid, anak tidak sah taraf tidak berhak untuk menerima harta pusaka daripada bapanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa menambah, pihaknya akan menganjurkan forum mengenai isu itu namun ia bukan untuk menentang sebaliknya mahu membahaskan mengenai kesannya kepada umat Islam di negara ini.