TUN MAHATHIR
MAHATHIR MOHAMAD

Menurut Dr. Ahmad Samsuri, ia bertujuan memperkukuh hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan yang berbeza pendekatan politik, dan pertemuan pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 itu memberi bayangan impak positif.

Pertemuan yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh veteran parti itu, Datuk Mustafa Ali.

“Kami berbesar hati di atas penerimaan Perdana Menteri untuk bertemu biarpun kami berlainan parti.

“Apa yang penting perbincangan keperluan untuk memperkukuhkan hubungan antara negeri dan Pusat mendapat respons positif daripada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan asnaf di Masjid Hadhari Paka, di sini, petang tadi.

Katanya soal hubungan negeri dan Pusat harus diperkukuhkan dalam keadaan situasi politik negara dan negeri-negeri yang jauh berbeza berbanding kelaziman.

“Soal yang lepas biarlah berlalu, namun apa yang penting hubungan kerajaan negeri dan Pusat harus terjalin erat demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut butiran perbincangan ketika ditanya sama ada soal royalti turut diketengahkan namun merumuskan lebih berkisar soal perbincangan peribadi.- UTUSAN ONLINE