Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sayap parti itu menyambut baik ucapan tersebut dan mengambilnya sebagai satu cabaran dalam usaha memastikan parti keramat itu terus memintah negara ini.

“Ucapan Presiden UMNO disambut baik semua perwakilan terutama pemuda kerana ucapan ini mengingatkan kita akan pertaruhan pilihan raya yang sangat besar. Bukan seperti pilihan raya yang lepas tetapi inilah masa depan negara.

“Mesej tersebut sampai kepada kita. Beliau telah mengupas pencapaian dan perancangan kita selepas PRU-14 saya percaya ucapan tersebut bukan hanya ditujukan kepada perwakilan tetapi kepada seluruh rakyat malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan dasar Presiden UMNO ketika majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE