Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertandingan khat ada peminat ‘kecil’

Mohammad RADZI MOHD. ZIN (barisan belakang, dua dari kiri) bersama
MOHAMMAD RADZI MOHD. ZIN (barisan belakang, dua dari kiri) bersama para peserta pertandingan penulisan khat pada Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Johor Bharu, kelmarin. utusan/Shaifudin Mohd. Nor

JOHOR BAHRU 16 Mei – Pertan­dingan menulis khat anjuran Utusan Melayu Mingguan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Padang A, Angsana Mall di sini semalam membuktikan ma­sih ada golongan kanak-kanak dan rema­ja yang berbakat dalam bidang ter­sebut.

Ini terbukti apabila seramai 25 murid sekolah rendah sekitar­ bandar raya ini menyertai pertandingan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK)­ Kota Masai, Amira Nadhirah Zulkfli muncul sebagai juara.

Tempat kedua dimenangi Muhd.­ Zamie Hakimi Mohd. Zabri dari SK Mawai, manakala tempat ketiga dimenangi oleh rakannya, Nur Husnina Dini Jais.

Para peserta diminta menulis slogan Hari Guru 2017, iaitu Guru Pembina Negara Bangsa berasaskan kaedah khat nasakh.

Johan menerima RM300, hamper, cenderamata sumbangan Johor Corporation (JCorp) serta sijil, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM200 dan RM100 serta hamper, cende­ramata dan sijil penyertaan.

Penghakiman dibuat berdasarkan keaslian bentuk seni khat, su­sunan huruf, kebersihan dan kekemasan serta hiasan tepi.

Bagi memperkasa lagi tulisan jawi, turut diadakan Klinik Jawi oleh Munsyi Dewan Bahasa dan Pustaka (Jawi), Sabri Azit.

Dalam ceramahnya, beliau mengetengahkan pengkaedahan tulisan jawi yang meliputi padanan huruf dan kaedah Douwra.

Klinik Jawi itu mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada para peserta dan guru-guru pengiring.

Turut diadakan aktiviti Pandai Jawi, iaitu para peserta diminta me­nulis 15 perkataan bahasa Melayu ke tulisan jawi dalam tempoh 15 minit.

Hadiah disampaikan Penolong Pengarah Pembangunan/Aset, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Nasrudin Hashim.

Yang turut hadir Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohammad Radzi Mohd. Zin.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain