Persidangan anjuran Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Johor (JELTA) itu disertai oleh peserta dari Afghanistan, Iran, Iraq, Kanada, Australia, Singapura dan India selain daripada tenaga pengajar di negara ini.

Presiden JELTA, Vincent D’Silva berkata, pada penganjuran edisi ke-8 pada 2016, hanya seramai 310 peserta.

“Harapan kami adalah agar persidangan tahunan ini dapat membantu meningkatkan kualiti tenaga pengajar Bahasa Inggeris tempatan, sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan generasi muda,” katanya pada majlis perasmian persidangan yang disempurnakan oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminnurashid Tengku Abdul Hamid Jumat.

Yang turut hadir, Ketua Sektor Akademi Jabatan Pendidikan negeri, Sallina Hussain.

Penganjuran persidangan itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak, antaranya Hotel M-Suites, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Jabatan Pendidikan negeri.

Menurut Vincent, pada majlis itu pihaknya turut menyampaikan Anugerah Guru Bahasa Inggeris Cemerlang kepada enam guru terpilih. - UTUSAN ONLINE