Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kira-kira 600 pensyarah akan dilatih tahun ini bagi persiapan mereka untuk menghadapi selain melengkapkan diri dengan pendidikan teras IR 4.0.

“Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus meningkatkan kursus-kursus berkaitan IR 4.0. Malah pada minggu lalu, saya melancarkan kerangka pendidikan Revolusi Perindustrian Keempat ini.

“Kita bersedia untuk menghadapi cabaran tersebut (IR 4.0) dalam memastikan pelajar kita selaras dengan kehendak pasaran pada masa depan,” katanya selepas merasmikan Kolej Komuniti Cawangan Jerlun di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Manifesto Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan masa depan sektor pendidikan negara yang inklusif bagi menghadapi IR 4.0 dengan memahirkan 5 juta pelajar sekolah berkemahiran digital.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Ismail Abd. Aziz.

Terdahulu, berlangsung majlis menandatangani nota kerjasama strategik antara Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Mara Liner Sdn. Bhd. bagi menjayakan program Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Perdagangan).

Menurut Idris, pihaknya juga akan mengugurkan mana-mana kursus yang kurang relevan dan menambah kursus yang berkaitan dengan IR 4.0. - UTUSAN ONLINE