“Kita akan lebih kuat jika kita bekerjasama dan mengehadkan pertikaian. Apabila kita mempunyai cabaran yang sama, perselisihan antara negara dengan perkongsian objektif tidak akan membantu,” katanya dalam sidang akhbar di Qatar.

Pada Jun 2017, Arab Saudi dan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, sekali gus menggugat kesatuan negara-negara Teluk itu yang telah berlangsung selama 36 tahun.

Menurut kenyataan Arab Saudi, keputusan tegas itu dibuat ekoran ‘pelanggaran me­lam­pau pihak berkuasa Qatar se­jak beberapa tahun lalu’ selain tindakannya melindungi sejumlah pengganas dan kumpulan pelampau yang cuba menggugat rantau ini. – REUTERS