RAFIDAH AZIZ
RAFIDAH AZIZ

Ketua Penaung NCSM, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, sejak 50 tahun lalu, Malaysia sangat proaktif dalam menentang kanser dan mahu berkongsi pengalaman itu dengan semua pihak supaya dapat dimanfaatkan.

“Kami berbangga kerana Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang dipilih menjadi tuan rumah kongres ini,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini yang memetik ucapan beliau dalam majlis penutupan WCC 2016 di Paris hari ini.

Beliau diiringi Penasihat Kehormat NCSM, Datuk Zuraidah Atan dan Pengarah Perubatan persatuan itu, Dr. S. Saunthari.

Rafidah memberitahu, Malaysia sedang membuat penambahbaikan dalam beberapa aspek penyakit termasuk program-program mengenai usaha pencegahan, pengesanan awal dan rawatan.

“Kita juga perlu memberi sedikit penekanan terhadap program-program berupa penyatuan kembali pesakit kanser kepada keluarga, tempat kerja serta masyarakat umum,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua agensi kerajaan, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tampil dan berganding bahu bagi meningkatkan kefahaman tentang ancaman penyakit kanser dalam usaha mengurangkan jumlah pesakit penyakit bahaya itu di negara ini.

WCC yang diadakan setiap dua tahun akan dianjurkan di Malaysia pada pada 1 hingga 4 Oktober 2018. - UTUSAN ONLINE