Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu, inisiatif silang budaya yang dilaksanakan dapat meningkatkan kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap budaya, adat resam, amalan kepercayaan dan cara hidup antara kaum di negara ini.


“Kita harap program kokurikulum dianjur Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dapat diperkukuhkan agar integrasi antra kaum dapat dipermantapkan” katanya ketika berucap merasmikan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2), di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.


Pada majlis tersebut, Joseph menyerahkan cek bernilai RM220,000 kepada Mahdzir bagi Kementerian Pendidikan menjalankan Program Silang Budaya oleh Kelab Rukun Negara di 220 sekolah yang mana guru-guru penyelaras kelab itu telah menjalani latihan modul yang dianjurkan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. - UTUSAN ONLINE