Antara cadangan yang sedang dinilai ialah mengenakan cukai kepada perniagaan dalam talian yang sedang pesat berkembang di negara ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sedang meneroka sumber hasil baharu terutamanya menerusi aktiviti perniagaan dalam talian yang setakat ini tidak dikenakan apa-apa cukai.

“Perniagaan dalam talian dijangka melonjak tinggi dan telah mengambil alih kaedah lazim jualan di pasar raya, kedai-kedai dan sebagainya.

“Kerajaan sedang semak untuk ambil cukai daripadanya,” kata beliau. - UTUSAN ONLINE