Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama itu turut membuktikan permuafakatan semua negara ASEAN dalam mencapai matlamat bersama tersebut.

“Keadaan ini juga membuktikan dengan penyatuan negara-negara ASEAN, tidak ada perkara yang mustahil dan kita dapat merealisasikan impian bersama untuk membantu rakyat secara amnya,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena penyam­paian Anugerah Kepemimpinan ASEAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan Kali Ketiga di sini malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Me­syuarat Menteri-menteri ASEAN Me­ngenai Pembangunan Luar Ban­dar dan Membasmi Kemiskinan Ke-10 menyampaikan anugerah tersebut kepada para penerima yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta di setiap negara anggota ASEAN.

Yang turut hadir, Ketua Se­tia­­u­sa­ha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Bor­­han Dolah dan Timbalan Ketua Setiau­saha Dasar, Datuk Azizan Mohd. Sidin.
Ismail Sabri menambah, segala pe­rancangan yang sedang diatur oleh negara-negara ASEAN akan memberi banyak manfaat kepada rakyat terutamanya bagi tujuan pemba­ngunan masa hadapan.

“Misalnya, Malaysia ketika ini sedang memfokuskan untuk pembangunan belia dengan memper­kenalkan program seperti Rural Business Challenge (RBC) dan kursus keusahawanan untuk mening­katkan produktiviti semua golo­ngan masyarakat,” jelasnya.

Berhubung anugerah berke­­­na­an, beliau memberitahu, pe­ngiktirafan itu mampu memberi galakan kepada semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta untuk berbakti membangunkan kawasan luar ban­dar di negara masing-masing.

“Selain itu, penduduk di kawasan luar bandar lebih memahami dan arif mengenai pendekatan terbaik yang perlu dilakukan di kawasan mereka dan saya juga percaya, semua sektor harus be­ker­jasama untuk meningkatkan pelbagai aspek di kawasan-kawasan tersebut,” katanya.