Menteri Pembangunan  Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, penangguhan tersebut dibuat berikutan pengumuman keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang hanya diumumkan pada esok.

Katanya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menyediakan sebanyak 7, 760 kuota bagi kemasukan tingkatan satu manakala 2, 245 tempat disediakan untuk tingkatan empat.

“Kita lanjutkan tarikh tutup permohonan kerana mahu memberi peluang kepada pelajar berkelayakan memohon. Setakat ini , Mara telah terima 69, 261  permohonan bagi kemasukan tingkatan satu,  manakala 23,082 permohonan untuk tingkatan empat.

“Bagi kemasukan ke tingkatan empat, tarikh tutup permohonan diumumkan berdasarkan tarikh pengumuman keputusan rasmi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3),” katanya ketika ditemui pemberita sejurus menyempurnakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan pelancaran produk usahawan Mara dalam  Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE