MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar) berkata, Permata berada pada sasaran sebenar untuk menjadikan sistem pendidikan awal kanak-kanak di negara ini berkualiti tinggi seperti mana hasrat sistem pendidikan kebangsaan.

“Kementerian Pendidikan mempunyai hubungan sangat rapat dengan Permata sebagai salah satu agensi Jabatan Perdana Menteri untuk bersama-sama melaksanakan agenda pendidikan negara. Kita amat menyokong segala usaha murni mereka.

“Daripada awal saya melihat Permata berada di atas landasan betul untuk membangunkan kokurikulum pendidikan awal kanak-kanak dan kemudiannya diikuti pendidikan kebangsaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan dan menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.